Wolfsschlucht II
Wolfsschlucht II

Wolfsschlucht II

Führerhauptquartier Wolfsschlucht II (Bahasa Inggeris: Wolf Canyon bermaksud Jerumun Serigala) atau W2 merupakan nama khas bagi markas tentera Barisan Barat Adolf Hitler dalam Perang Dunia II, terletak di Margival, 10 km dari barat laut Soissons dalam jajahan Aisne di Perancis. Ia merupakan salah sebuah Markas Führer yang bertempat diserata Eropah tetapi hanya digunakan sekali oleh Adolf Hitler, pada 16 dan 17 Jun 1944, kerana bermesyuarat dengan Fil Marsyal Rommel dan von Rundstedt tentang Pertempuran Normandy.